Tuesday, December 13, 2011

Syariah Sem 3

Add caption
Add caption
Add caption
Add caption


IZZUDDIN,HANIF ANNUAR(PETAK)ZAMRIE,FARHAN(PAANG)AIMAN NASRI,NAZREN(JOE)SYAMIL,FIRDAUS,ATHIF N NUR HAFIZ

ASFALINDA,NASYITAH,FITRAH,SITI HAJAR,AQILILI,FATIN AMIRAH,ASMA SALSABILA N FATIN HANANI...

Kata2 hikmah pujangga islam..

Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya. – Nabi SAW Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran. Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta” Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rebutlah peluang lima sebelum lima:Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran. Setiap orang itu lemah apabila ia menyerang kerana beliau hanya mempunyai satu tangan untuk mempertahankan diri dan satu lagi digunakan untuk menyerang. Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah. Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan. Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah tamaknya – Sayidina Ali. Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan . Kata al-Imam As-Syafi’i, “Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah.” Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka Rasullullah SAW bersabda;” Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian”. Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas. Gembira dan bahagia tika menyabit padi kiranya ianya ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yang patut mendapat upah. Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit. Nabi SAW bersabda,”Jagalah dirimu daripada api neraka.. Meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma. Jika tidak dapat,maka sepatah kata yang baik.” Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sbagai sindiran kepadanya sebab itu tidak diterimanya.

Tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah swt. pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah swt.:

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0989. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Ada tujuh golongan yang mendapat naungan dari Allah swt. pada hari kiamat kelak, di mana tidak ada sama sekali naungan pada hari itu melainkan naungan dari Allah swt.: (I) Imam (raja atau penguasa) yang adil, (2) Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kepada Allah, (3) Orang yang hatinya tergantung di masjid. (4) Dua orang yang saling mencintai satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah. (5) Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berbuat mesum, lalu dia menolak dengan kata: "Aku takut kepada Allah." (6) Orang yang bersedekah dengan diam-diam, sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kirinya. (7) Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir, mengingat dan menyebut nama Allah dalam keadaan bersunyi diri.

TIADA CINTA YANG LEBIH AGUNG SELAIN CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA

“Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (QS At-Taubah ayat 24)

Terima kasih daun kkeladi

terima kasih pd kawan2 yang tlng sy untuk siapkn blog y xseberapa nie.. jasa mu akn ku kenang dn abadikn dlm blog nie.. hihihi..... ingatan tulus. Aiman Nasri.. ;-)